wAkTu Di aMBAng krITiKAL.. hEHEHeh

Macam biasa lah, apabila diri dah boring-boring ni, mula lah nak melayari internet. dok gunting sana sini, pelekat sana sini, almaklumlah next week dah mula praktikal. Aku nak buat yang molek-molek sikit bahan ni, nanti boleh letak bilik j-QAF yang baru berkuatkuasa digunakan pada tahun ini. InsyaAllah, hasilnya nanti akan aku paparkan kat sini. 
Malam ni, sebenarnya aku letih sangat2, mana tak letih, mencari kotak warna air yang aku paling sayang, color kalis air pulak tu, harganya mahal skit dr color biasa. Xjumpa jugak. Inilah padahnya bila letak barang bukan pada tempatnya. Esok, nak sambung cari lagi. Aku kena mimpilah malam ni, dan berdoa banyak2 (doa untuk Palestin sekali). Terbantut kerja aku, maka aku sudahkan kerja yang xmenggunakan color.
Inilah Arkitek negara Bangsa. Aku rasa menjadi guru SEK KEB ada pelbagai bidang, iaitu guru sebagai arkitek, mana taknya melukis, menggunting, mereka, mencorak, semua kena buat. Guru juga sebagai pemuzik&penari, kena menyanyi, menari, main alat muzik, etc. Selain itu, guru sebagai agen kesihatan, kena melompat, lari, main bola, tunjuk cara bermain, etc. Guru itu Ibu bapa angkat di sekolah. Malah, macam2 bidang lagi yang xterfikir oleh aku. Kdg2 aku rs aku tak sampai tahap yang aku sebut di atas, sebab aku masih rs janggal agaknya. Aku cuba, aku kan budak baru belajar menjadi guru. Malah, sebelum ini, aku tak pernah rs pengalaman menjadi guru di sek kecuali kat tabika shj.
Dah lewat malam, aku dah mula ngantuk. Kerja harus dan mesti disudahkan. Ahhh, sambung esok ja, kang xpasal-pasal esok ada aktiviti sambung tidur pulak. k, masa untuk tidur. Esok2 sambung lagi, luah perasaan kat sini, hehe.. Zzzzzzzzz,upps tutup laptop, jgn lupa......Zzzzzzzz

Previous Post Next Post