السّلام عليكم
Bermula lah praktikal pada minggu ini, tetapi pensyarah belum muncul lagi untuk lawatan sosial. Jadi, cuti seminggu ini memberi ruang waktu untuk aku baiki lagi segala fail2 aku, buku Rekod Mengajar (2buah), dan bahan-bahan bantu mengajar.
3 minggu yang berlalu merupakan minggu transisi untuk murid tahun 1. Tetapi, memandangkan praktikal aku bermula pada minggu ke 3, maka aku teruskan juga dengan aktiviti mengajar (kelas untuk praktikal) seperti biasa, tetapi enjoy dengan aktiviti dalam kelas.
Ada ja masalah nk upload gambar.. Biasa lah internet so slow..
Semalam, aku menyaksikan adegan murid menangis, kerana nak ikut ibunya balik ke rumah. Dah la datang lambat, menangis katanya tak mau belajar. Dengan guru pun ingin dipukulnya, akhirnya setelah dia penat menangis, dia masuk dalam barisan bersama-sama kawan-kawannya untuk aktiviti sukaneka. Teringat masa aku darjah 1 (1990) dulu, memandangkan aku tidak ada pengalaman masuk sekolah(spt tadika,pasti,etc), maka aku pun lebih kurang macam tu juga tapi tak lah menangis, cuma kerap keluar kelas tengok pagar sekolah untuk memastikan ayah masih ada kat situ menunggu aku, hehe.. cuma 1 ke 2 hari ja..
Malulah pula dah citer kenangan lama.. huh, nak sambung buat kerja. jap lg try upload gambar lagi. Geramnya, tapi nak buat macam mana, bukan salah sesiapa kalau xboleh upload gambar, salah laptop ka salah line ka salah..., hemm entahlah..