ANUGERAH GURU DELIMA TERBAIK- KETIGA (DUTA 2025 SSTP JPN KEDAH)

 


                           Rezeki, Alhamdulillah. Terima kasih semua. Saya baru sahaja memegang amanah sebagai Guru Delima pada tahun ini. Penyelaras Makmal ICT, rupanya tidak menang tangan tugas ini. Apabila ditawarkan pencalonan ini, saya berbelah bagi, hendak cerita apa, tidak banyak yang hendak dimasukkan dalam kriteria pemarkahan. Mungkin ini jua pemangkin saya untuk terus berdigital dalam pendidikan. Terima kasih keluarga, terutama suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong dan saya usung hingga ke luar Kedah jika ada keperluan dalam pekhidmatan. Terima kasih atas doa mak dan sanak saudara. Terima kasih Akademi Youtuber, tempat di mana saya bermula segalanya. Terima kasih SSTP JPN Kedah atas penghargaan ini. Terima kasih PPD Pendang atas pemilihan saya untuk dicalonkan. Terima kasih warga SKTM, tempat saya bermula dalam perkhidmatan ini.


            VIDEO ACARA

Previous Post Next Post