![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMmee3gPj5SdwiBAARb_xSyI34nmYf5bHgkJhFNv17SXBq-oX5So2DuT0w6685JUhqMQPakbZMhDlCnsiz4GdyptFBiXIKLStkJH9QUzGrUrXjgBoEZTpZWlkKBQZZHoIM_qUR77U2Z6mMp_U_NjQ9jDsiJxSSqVG7r_w-oRNZeyLp7Z5Z_XGbDahA/s320/photo_2023-02-11_19-18-16%20(2).jpg) |
Nampak banyakkan? Saya wakil penerima untuk semua kawan-kawan yang terlibat dengan inovasi dan kajian tindakan. Penolong Kanan HEM pula wakil guru besar.
|
Tarikh Karnival Pendidikan Pendang anjuran PPD Pendang tersama pula dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Alhamdulillah, saya mewakili 5 rakan guru untuk menerima sijil dan hadiah penulisan inovasi dan kajian tindakan di sana, berlangsung di MRSM Pendang, Kedah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6fcM3IYEBVv8FMiBtF5iovHTqpXMWI3oYu_gefx3Ntb1N25HJDXOQDQTali1TWuvH9ASgE4XeBFCWxYoHjLV3shXc3DG5UzwTmrB-PYYiJ0id0BZj0a9Wcb-XVMafjT3GlVZYofJPDfNPH6unUlDrniaAVpsWEhTsmF2E1T9gonHMFsE84Xnlti7O/s320/photo_2023-02-11_19-18-16%20(3).jpg) |
Saya menerima bagi pihak kumpulan saya. Saya juga terima untuk sahabat saya Ustazah Zunaira dan Cikgu Siti Rafhan untuk inovasi Bigabu Iman. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA4RCJfVtPKE8l_E3ka0ffE-l-sGGVkKx3ow7WD_iFCfYKAIQMFJbq4dH4rx-nkRXxcDM2vmu0ZXGRS9FiL_16D5lvEG9ileKJlKH5Umb9Lt-i-dZBCjDVkNsiAcKYQ5eTA9seySZoV1Rzq99nPaPfqeba18713Ilwgh_IOvKf1dxd9HkPx5oat0R-/s320/photo_2022-12-24_12-59-05.jpg) |
Buku Penulisan Inovasi PPD Pendang 2022
|
Semoga dengan penerimaan ini, menyuntik semangat untuk terus berkarya. Apalagi sahabat-sahabat sekalian, apabila telah mendapat rentak, semuanya saya ajak untuk terus berinovasi dan buat penulisan. Seakan-akan terapi kerana menulis auto kita menjadi senyap seketika dan otak ligat berfikir.
Beria dan bersemangat Ustazah Anisah walau pertama kali sertai.😁
Jom berinovasi dan berkarya!