MENCARI HARTA KARUN

 TREASURE HUNT PENDIDIKAN ISLAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haaa, Ustazah nak berkongsi, satu aktiviti yang menarik dalam pdpc Ustazah.

Alkisahnya, Ustazah nak bawa murid kesayangan Ustazah ni mengembara di luar kelas. Jadi, Ustazah merancang satu permainan berkumpulan iaitu mencari harta karun (Mencari Adabku yang hilang) hehe, istilah tajuk yang telah diberi untuk permainan ini.

Ustazah berkongsi di sini, template yang Ustazah buat dan guna dalam permainan ini. https://drive.google.com/drive/folders/1QahbNwLpaoj6XchF1uDRjOoWekzkzmms?usp=sharing Namun ini bergantung kepada tempat masing-masing di sekolah ya. Ustazah guna Surau Al-Falah sebagai pusat permainan ini.

Jom tengok muka-muka yang ceria sepanjang perjalanan permainan ini. Muka penat berbaloi sebab masing-masing dapat hadiah.

MURID SEKOLAH









Mereka sangat enjoy dan minta nak main lagi. Tunggu Ustazah bina dan rancang untuk tajuk lain pula ya selepas ini.









Previous Post Next Post