Ha,ni tag kakjah bagi. Aku buat setakat yang termampu. Tapi nak bagi keseluruhan 16 people tu, xderlist lah. Sebab sebahagiannya dah buat, aku dah pernah baca. Kalau terbagi lagi tu, maaf lah ek. Hanya 5 peole in listing.
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
    -    Aku tidaklah rendah sangat2 dan tidaklah tinggi sangat. Bolehlah dalam      kategori sederhana. Tidaklah gemuk terlampau, bukan juga kurus terlampau.      Saiz kasut 6@7, baju kurung saiz M, tudung yang menutup aurat. Itu      gambaran tentang penampilan aku. 
   -    Waktu aku kecik dulu, aku ni tersangatlah moody. Ada ja yang xkena, aku tentu xpuas hati, kuat merajuk, pemarah juga.. Tapi sekarang kurang sikit, yer ker.. Harap bakal suami boleh sabar. 
   -    Aku jenis yang suka menyusahkan diri untuk kesenangan orang lain, dan      xnak orang susah kerana kita.Tapi, kalau org suka rela nak susahkan      dirinya utk aku, why not aku terima ja.
   -    Masa belajar, aku akan pulun. Dulu, aku xsuka ponteng sekolah, aku      suka pergi sekolah. Bila exam, tengok orang dapat elok, aku jeles bangat.      Tapi, result aku xgempak, cukup-cukup makan ja.
   -    Kalau perlukan sesuatu, aku akan cepat-cepat p beli. Dah beli terus      balik. Kalu xbalik lagi, alamatnya, aku akan terbeli barang-barang lain      jugak. Itulah aku. Tapi kalau yang berkenan sangat-sangat tue, tgk duit      pulak cukup, laju ja tgn aku ni membayar. 
   -    Dalam keluarga, aku anak yang ke-4 daripada 7 beloved siblings. Yang sulung      kedua dan ketiga telah pun berumahtangga. Aku mempunyai 13 anak saudara.      Yang terbaru baru ja beberapa hari lahir, masih menetap di hospital kerana      dilahirkan xckp bulan. 
   -    Anak saudara panggil aku mak-nyang, mcm nk panggil moyang pun      ada.hahah
   -    Kalau buat kerja, aku cukup teliti dan nak kemas, tapi xhati2. Pernah      semasa di uni, aku nak hantar assignment, dah ada kt dlm bilik pensyarah      nk submit, aku gatal p ckeck lagi, sekali, dekat references, aku tersilap      format, balik bilik print lg sekali,pastu p combine dlm bilik pensyarah.      Nasib baik beliau baik hati.
   -    Kadang-kadang aku suka masak, try resepi baru Kalau ada kerja lain tu,      dapur pun aku jarang masuk. Harap2 berubah lepas kahwin nanti, huh mesti      sebab nak jamu suami dan anak2.
   -    Dulu mula2 dpt lesen, aku ni hantu drive. Sekarang, rs boring plak. Beli keta, tgk      keta sendiri, malasnya nk bwk. Rajin p sekolah ja. Setakat ni keta ni, aku dah bawa ke Padang Besar (paling jauh). Cuti bulan 3 ni, maybe ke Perak,kenduri kahwin kengkawan.
   -    Aku jenis xtetap pendirian. Tgk kt blog aku ja. Dah berubah lagi      designnya, heheh.
   -    Aku suka mencuba perkara2 baru. Ha,semua website aku nak daftar masuk.      Pastu, ada la yang lupa pasword. Lepas tu setiap kali aku daftar, aku save      nickname dan pasword kt file peribadi.
   -    Ak u suka berfesyen yang selagi masih menutup aurat.Bergaya boleh lah      ala2 kadar. Suka cuba2 pakai. Lepas kahwin, Wallahua’lam, depends kt dia si      bakal suami.
   -    Aku punya suara yang kuat. Kat rumah selalu kena tegur, slow lah      skit.. Tapi kadang2 aku punya suara yang perlahan bila nak minta tolong      orang atau nak pujuk murid2.
   -    Harapan aku, moga aku menjadi guru yang berdedikasi semasa menjalankan      tugas di sekolah, sementelah aku teringin nak sambung master++Phd, doing      research..
   -    Aku ni cepat kebuntuan idea, xtau nak tulis apa lagi. Maka,mangsa2 tag ini ialah:
 
Adik Dilah
Mardiana
Lutfi & Najwa
K.Zlaa
K.Cik
Aku nak bagi kat 5 people ni ja dulu. Dah break RULE aku ni,heheh.. K.Jah, Maaf ek...
 
ngak ape2 sih...TQ siap jugak 16 mende..
ReplyDeletecantik tulisan tu suka sgt tapi aduhhh sakit mata nak bace...