Sehari ja lagi....

Sehari ja lagi kuliyah. PENAT.. itu jer yang saya tahu. Segala tugasan telah dihantar tinggal 1 sahaja lagi iaitu subjek Pembinaan Diri Insan Guru. Projek Khidmat Masyarakat bertajuk Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan di Bedong. 
Kelmarin, saya ke rumah kawan di Hutan Kampung. Excited nak jumpa kawan, bayangkan kelas saya habis pukul 12.30tgh, tetapi saya dan 2 classmate minta keluar awal untuk ke Pejabat Pos, menyelesaikan urusan bayaran asrama mewakili 9 classmate yang lain. Hampir 1.30ptg, selesai urusan di Pejabat Pos Jitra, saya bergegas pulang ke asrama, untuk solat dan tukar sport attire. Kemudian, bergegas ke Hutan Kampung, bertemu sahabat2 ex-uia (lovely friends). Bersembang selama 15 minit, saya terus meminta diri untuk menghadiri kelas Pendidikan Jasmani pukul 2.30ptg. Memang memenatkan, nasib baik tidak didenda oleh pensyarah Subjek PJ. Tetapi, saya puas hati dapat jumpa sahabat2 seperjuangan masa kat uia dulu, sebab antara mereka ada yang dapat posting ke Sarawak, entah bila pula nak jumpa. 
Balik kampung esok, banyak tugasan yang hendak dilaksanakan. Antaranya:
1. Menghadiri kenduri2 kahwin
2. Menyiapkan persediaan untuk praktikal (RPS/SP/HSP/Kaedah/Teknik..etc)
3. Menyiapkan serba sedikit bahan-bahan bantu mengajar
4. Pergi ke Sekolah-Meeting & tugas-tugas yang perlu dilakukan
5. Menghadiri kursus kahwin (belum confirm lagi)
6. Belajar memasak(huh..sepanjang masa belajar, tgk resepi)
7. Belajar kawal emosi
8. Belajar bercakap
9. Belajar praktis depan cermin(hahaha, berlakon mengajar diri sendiri)
10. Belajar itu, belajar ini....
Banyak perkara hendak dibuat. Atas diri sendiri, sama ada hendak dilaksanakan atau pun tidak.
::Mhah ini pandai merancang, tetapi tidak semua yang dilaksanakan. tetapi at least, ada perancangan::
::Mhah juga merancang, apa yang akan terjadi 2 tahun akan datang, 5 tahun akan datang, dan 10 tahun akan datang::
PERANCANGAN LEBIH BAIK DARIPADA TERUS BUAT APA YANG TERLINTAS MASA NAK BUAT, betul tak???????


Previous Post Next Post