Kenangan ...RAMADAN

Ramadan tiba lagi mengetuk pintu orang Islam, memberi salam dan mempersilakan orang Islam supaya meraikannya. Ramadan yang mengembalikan nostalgiaku bersama kawan-kawan seperjuangan di waktu kami bersama-sama berjuang menuntut ilmu di peringkat menara gading.

Kenangan bersama teman-teman sebilik (Arwah Azlia, A, Yana) sangat meruntun hati, sayu kerana teringat kembali dan tidak mungkin diulang kembali kerana yang seorang itu tidak akan kembali lagi menghuni dunia.

Walaupun sesekali badai datang menghempas kerana salah faham, namun ukhwah itu tetap ada.Sekarang yang lain-lain masih berjuang menuntut ilmu dan mencari kehidupan.
Aku teringat kata-kata terakhir yang dilontarkan, hanya beberapa bulan sebelum diambil Allah...

Aku: "Liya, meh la nisah drive kereta tu, nak cuba jadi berani, hehehe, lgpun giant tu dekat dan senang ja jalan nk pegi,berkobar=kobar ni, dh tu xdak saper nk drive...."
Arwah Azlia: "aa... bleh jer, bila lagi nak naik kete ko drive,, bile lagi kan...."

Kata-kata yang penuh makna, dan memang itulah kali terakhir aku memandu kereta dan membawanya berjalan...

Aktiviti yang seringkali membuatkan kami banyak persamaan. Malah, ada yang mengatakan kami kembar, selepas itu kami pulang ke bilik, dan membanding muka masing-masing. Seronoknya ketika itu, aku tersenyum sendirian.

Saat menziarahi keluarganya, sambutan hari raya di rumahnya, yang banyak membuatkan aku senang sekali ialah layanan keluarganya. Bilakah lagi aku akan bertandang ke sana.

Tanggal 13/4/2006, khamis...dia telah pergi.. sudah 2 tahun lebih. Tetapi aku telah berjanji akan menziarahi kuburnya lagi bersama suami, ya aku telah berjanji ketika aku melawat kuburnya 2 tahun yang lalu.

Dan kali ini, Ramadan yang ke3, tanpanya. Yang pasti, aku sentiasa ingat kenangan bersamanya ketika Ramadan.

Juga buat teman-teman seperjuangan (Kinah,Awie,Asmak,Farizah,Iman,Jaida,Mazrah,Siti,A,
Yana, Najat,Along,dll yang aku tidak sebut di sini) aku juga sentiasa ingat pada kalian. Aku memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan.

Al-Fatihah buat Arwah Azlia dan seluruh Umat Islam yang telah meninggalkan kita...
Previous Post Next Post